cintaThuwaibah

: : Happy Click : :

Thursday 28 January 2016

Jumaat -- cerita aku


alhamdulillah .. syukur aku jumpa Jumaat kembali. Cuma aku lama warmup hari nie. Korang seronok tak bile Jumaat?? Aku ..  seronok yang amat sebab weekend aku boleh lupa pasal ofis aku --- bekerja dalam suasana kawan2 yang x seronok. percaya x, dah 3 tahun aku bekerja kat sini, tapi aku masih x mesra dgn budak unit sendiri. Serius aku menyesal tukar ke sini, tinggalkan ofis lame    *owh aku rindu dekat ofis lame aku*     Tapi demi cinta aku pada suami yang baru aku kenali selepas kahwin aku gagahkan diri pindah ke sini. Agaknya aku ke bermasalah? Dulu aku ingat dalam drama je ade manusia perangai macam nie, rupenye dunia sebenar lagi teruk yang amat. Korang kalau kene mcm aku, ape korang nak buat? mintak tukar ke pejabat lain atau berhadapan je dengan diorang??  haaaaaaaaa lemah lutut nak hadap semua nie. mudah2an allah bantu aku keluar dari masalah kecik macam nie. 
kita x mampu nak buat semua orang suka kita. so aku harap aku cukup kuat nak bekerja dgn diorang. cukuplah sorang dua kawan kat situ. yang penting isnin sampai jumaat aku sibuk dengan kerja dan ofkos la blog suam2 kuku aku. ngehngehngeh ....


nanti aku tulis lagi.  salam sayang dari aku                
---tata---

Tuesday 26 January 2016

Entri tb 1 :) Jalan-jalan Cameron Highland



throwback last 2 years punya cerita. (kot2 ade sudi baca) aku dah lupa kat mana aku simpan koleksi gambar JJCM nih. sempatlah men'google cari gambar2 tempat penginapan kitorg masa dekat CH. nak dijadikan cerita kitorg plan last minit nak pegi makan angin. maklum la trip honeymoon bertukar jadi cuti bersama keluarga. so kitorg pilih yang paling dekat iaitu CH. Aku 'the mastermind' yang pilih hometsay dan memandangkan jumlah ahli keluarga melebihi 6 orang. Sep la untuk penginapan. part nie aku rasa bersalah sebab aku lupe berape rate die semalam dan aku x jumpa cari blog chalet nie. tp korang jangan la marah sebab aku da letak alamat dan no telefon die dekat hujung cerita. nanti okeh!

Malangnya disebabkan plan last minit, homestay punye lah susah nak cari, semua fully book memandangkan tarikh yang dipilih waktu cuti sekolah. Dengan bantuan google, jumpe la Agro Highland Chalet neh, berjaya jugak aku book chalet nie, kitorg ambik 1 bilik untuk 2 orang dan 1 blik lagi utk family saiz. sampai je Agro Highland Chalet rasa excited plak. sebab nak sampai situ,mak aihh jalan nya punye la mencabar sebab lokasi chalet tu macam dalam kawasan perumahan dan ke dalam sikit, simpang nak ke chalet tu pon agak mengelirukan, maybe sebab kitorg x tahu jalan2 di CH. 

Highly recommended la untuk yang bajet kos bercuti. Biliknya ada mcm2 saiz, untuk sorang sampailah kumpulan. harga ... berbaloi tau dan macam aku da mention awal cerita aku aku dah lupa rate die memandangkan tb nie 2 tahun lepas punya cerita. Yang syoknya, strawberi depan mata kot. diorang ade tanam strawberi berhadapan dengan bilik penginapan. opssss.. jangan petik naaa, sebab strawberi ni terkawal, kalau sebarangan petik boleh rosak pokoknya.. eh bukan aku yang kata, pekerja Agro Highland siap explain memandangkan kitorang nie sangat mesra alam kat situ.ala, jangan risau diorang ade sediakan pokok strawberi yang ditanam luar pagar, so pepagi kite boleh petik dan makan strawberi fresh, rasa macam kebun sendiri plak.Sebelum balik korang boleh bergambor depan kebun strawberi dan bole beli strawberi yang diorang tanam..serius, memang gemuk habis buah2nye. Jom kita layan gambar plak, kot2 nanti korang nak cari penginapan yang bajet dan berbaloi boleh cuba Agro Highland Chalet nie. 


betul tak aku bilang sama kamu ... satu dalam pagar satu luar pagar.. so bangun pepagi korang bole petik strawberi luar pagar tuh, tapi mintak la kebenaran dulu.. strawberi nie bertuan ye.. so kenelah berbudi bahasa... 

korang zoom lah nanti strawberi gemuk yang adik aku sempat petik depan pintu bilik die. manis tau strawberi yang baru kite petik.. dan ..........................cinta aku pada strawberi takkan pudar. ha x 100



 ini bilik untuk familyroom. ade ruang tamu skali dengan dapur dan bilik air, sebelah plak bilik tidur. aku rasa boleh muat dalam 4 dewasa dan 2 kanak2.


bilik untuk 2 orang, siap bilik air di dalam. sesuai untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak2.tapi takde dapur ye. aku suke sangat bilik nie, bukak je terus namapk kebun strawberi *aduhai..rasa nak pergi lagi cameron highland. menggamit kenangan sungguh. aku lupe nak bgtau, chalet nie antara yang terdekat dengan pasar malam Brinchang dan berada di tengah2 cameron highland dengan tempat2 menarik lain untuk korang lawati. rajin2 la usha map ye. Korang2, aku xnak cerita panjang, korang dah boleh pilih cameron highland destinasi percutian korang. kalau korang berminat aku ade letak alamat dan no telefon sekali..siap koordinasi GPS. okeY!

 Agrohighlands and ChaletJalan Pecah Batu, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

GPS Coordinates : N4.490420, E101.388187



Akhir cerita, aku letak skali koleksi gambar peribadi aku tu je mampu untuk tatapan korang.  nanti2 aku rajin, aku buat throback lagi (macam la aku ade pembaca plak), dah kate blog nie diari suke hati aku, so aku nak tulis ape je aku suka, xsuka dan paling x suka.


 


*garu2 kepala* mana lah agaknya aku simpan gambar2 aku masa dekat cameron highland nie. agaknya kondisi umur aku melemahkan daya ingatan.  sumpah, aku nak pegi lagi. satu hari nanti - in shaa allah
<3 salam sayang dari aku
-tata-


Thursday 14 January 2016

15 Januari 2016 ~ Birthday kak Zira


sebab nak ambil kesempatan wish bitrhday ofismate.  yeay... hari nie ulangtahun zira. comel sangat2 orang nya, jenis happy go lucky, friendly dan easy going. dia antara orang terawal yang kenal dengan aku masa mula jejak kaki dkt agc.

"aku doakan zira dimurahkan rezeki, dikurnikan zuriat yang comel, diberikan kesihatan yang baik & sentiasa didalam rahmat ilahi"

hehehhehe.. walaupun dia tak tahu kewujudan blog nie, ikhlas aku dedikasi entri kali nie buat zira. even jauh aku tetap ingat dia. orang yang paling awal kawan dengan aku.

FRI-YAY memang syok, tapi syok lepas pukul 4.30 ke atas, sebab aku dah balik rumah. tak payah nak fikir pasal kerja. eh bab kerja aku ok, tapi suasana tu tak syok  Mudah2an aku pon dapat terima suasana nie dan bekerja dengan tenang. Yang aku nak, rezeki yang halal & hidup yang tenteram disamping suami tersayang. 

untuk yang lahir pada tarikh 15 Januari aku ucap selamat hari lahir buat korang.  all the best k!


salam sayang dari aku ~ cintathuwaibah





Wednesday 13 January 2016



alaaa drama pukul 7 'CINTA SI WEDDING PLANNER' tu



Entri throwback kisah semalam antara suami (ck tercinta) dan aku. 
 Kah kah kah .. rasenye para suami di malaysia rata2 kureng berminat terhadap drama melayu kan kan .. suami aku pon tak terkecuali. Rajin je die ngomen bile iklan keluor.  Komen die sokmonye
 :: nie mesti hero anak tengku, heroin org gaji:: ::mesti perempuan tu kaya, lelaki tu kaya:: :: mesti kerete die bmw:: ::dah tau ending die:: bla bla bla 
aku pon layan kan je die siap tolong cerita balik pelakonnye sape, watak die mende ape.  Sokmo2nye ck x minat. Cebik je.. haha tp sejak 2 menjak ni, rajin plak die layan. Tahu je die drama latest, siap hero heroin bagai. Kikiki ---> Owh balik semula ke kisah throwback aku, semalam masa kitorg otw balik dari melawat FIL nini (adik aku) dekat hospital ampang ( nanti aku up story FIL nini warded) ck elok je cakap kat aku, spontan kot,  
eh yang, cinta siwedding planner da start, x bole rekod.. macam mane?? 
Aku plak ketawa badak, apehal ck nie..hahhaa.. dah aku gelak ck pon follow sengih sumbing mungkin die perasan aku gelak sebab die dah terpengaruh dgn drama pukul 7 aku. Haa kan betul mcm pepatah, jangan benci nanti jatuh cinta. Kah kah kah .. Rasenye lah kan , semenjak 2tahun3bulan kitorg menjadi husband&wife nie, bukan drama melayu je die tengok, korea dan Hindustan pon die layan. Kalau Drama Korea aku yang pukul 4.50 tu start die dgn automatiknya redha serah remote.  Sori la abg eh.. hahhaha runningman plak dah jadi channel favorite die. Tapi kitorg suke ahli RM yang berlainan..so rajin jugak die mengutuk abang angkat si KwangSoo aku tuh. Apepon aku sgt2 manfaatkan masa kitorg tgk tv bersama. Maklum la bercinta selepas kahwin nie baru faham perangai masing2.Hahha romantik x aku ???  nanti aku rajinkan diri tulis entri pasal ck aku eh, ekceli ck tu singkatan nama husband aku yg dulu tu aku rasa nama die cam pelik je. Skrg dah selamat jadi husband aku.

Ok lah, entri kenangan versi panjang dah tamat. esok2 aku sambung lagi.

salam sayang semua ~ cintathuwaibah

Monday 11 January 2016

Laskar Pelangi ~ kata Nidji

~Laskar Pelangi by Nidji~

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya
...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...

Selamanya...

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
...


 .. suka sangat lagu tu, sambil dok nyanyi sambil buat blog. seronok plak buat blog dari mula. ala-ala newbie gitu. memang tak pernah kata tak pergi jenguk blog popular. hari-hari baca cerita orang, so i meneruskan misi kembali menulis. mudah2an blog kali nie bukan sendu lagi.  bak kate nidji ' mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukkan dunia' haaa sekali keluar lirik lagu.  alhamdulillah, rasanya hidup lebih terurus selepas mendung 2 tahun lepas, kenangan yang akan tersimpul rapi dan biarlah blog kegemilangan mati disitu. Allah mengatur sebaik-baik perancangan dan segala memori indah akan ku simpan dalam blog nie sebagai kenang-kenangan. Salam perkenalan buat semua khas dari CintaThuwaibah  ok lah sambung entri lepas nie k. 

***salam sayang semua