cintaThuwaibah

: : Happy Click : :

Tuesday 26 January 2016

Entri tb 1 :) Jalan-jalan Cameron Highland



throwback last 2 years punya cerita. (kot2 ade sudi baca) aku dah lupa kat mana aku simpan koleksi gambar JJCM nih. sempatlah men'google cari gambar2 tempat penginapan kitorg masa dekat CH. nak dijadikan cerita kitorg plan last minit nak pegi makan angin. maklum la trip honeymoon bertukar jadi cuti bersama keluarga. so kitorg pilih yang paling dekat iaitu CH. Aku 'the mastermind' yang pilih hometsay dan memandangkan jumlah ahli keluarga melebihi 6 orang. Sep la untuk penginapan. part nie aku rasa bersalah sebab aku lupe berape rate die semalam dan aku x jumpa cari blog chalet nie. tp korang jangan la marah sebab aku da letak alamat dan no telefon die dekat hujung cerita. nanti okeh!

Malangnya disebabkan plan last minit, homestay punye lah susah nak cari, semua fully book memandangkan tarikh yang dipilih waktu cuti sekolah. Dengan bantuan google, jumpe la Agro Highland Chalet neh, berjaya jugak aku book chalet nie, kitorg ambik 1 bilik untuk 2 orang dan 1 blik lagi utk family saiz. sampai je Agro Highland Chalet rasa excited plak. sebab nak sampai situ,mak aihh jalan nya punye la mencabar sebab lokasi chalet tu macam dalam kawasan perumahan dan ke dalam sikit, simpang nak ke chalet tu pon agak mengelirukan, maybe sebab kitorg x tahu jalan2 di CH. 

Highly recommended la untuk yang bajet kos bercuti. Biliknya ada mcm2 saiz, untuk sorang sampailah kumpulan. harga ... berbaloi tau dan macam aku da mention awal cerita aku aku dah lupa rate die memandangkan tb nie 2 tahun lepas punya cerita. Yang syoknya, strawberi depan mata kot. diorang ade tanam strawberi berhadapan dengan bilik penginapan. opssss.. jangan petik naaa, sebab strawberi ni terkawal, kalau sebarangan petik boleh rosak pokoknya.. eh bukan aku yang kata, pekerja Agro Highland siap explain memandangkan kitorang nie sangat mesra alam kat situ.ala, jangan risau diorang ade sediakan pokok strawberi yang ditanam luar pagar, so pepagi kite boleh petik dan makan strawberi fresh, rasa macam kebun sendiri plak.Sebelum balik korang boleh bergambor depan kebun strawberi dan bole beli strawberi yang diorang tanam..serius, memang gemuk habis buah2nye. Jom kita layan gambar plak, kot2 nanti korang nak cari penginapan yang bajet dan berbaloi boleh cuba Agro Highland Chalet nie. 


betul tak aku bilang sama kamu ... satu dalam pagar satu luar pagar.. so bangun pepagi korang bole petik strawberi luar pagar tuh, tapi mintak la kebenaran dulu.. strawberi nie bertuan ye.. so kenelah berbudi bahasa... 

korang zoom lah nanti strawberi gemuk yang adik aku sempat petik depan pintu bilik die. manis tau strawberi yang baru kite petik.. dan ..........................cinta aku pada strawberi takkan pudar. ha x 100



 ini bilik untuk familyroom. ade ruang tamu skali dengan dapur dan bilik air, sebelah plak bilik tidur. aku rasa boleh muat dalam 4 dewasa dan 2 kanak2.


bilik untuk 2 orang, siap bilik air di dalam. sesuai untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak2.tapi takde dapur ye. aku suke sangat bilik nie, bukak je terus namapk kebun strawberi *aduhai..rasa nak pergi lagi cameron highland. menggamit kenangan sungguh. aku lupe nak bgtau, chalet nie antara yang terdekat dengan pasar malam Brinchang dan berada di tengah2 cameron highland dengan tempat2 menarik lain untuk korang lawati. rajin2 la usha map ye. Korang2, aku xnak cerita panjang, korang dah boleh pilih cameron highland destinasi percutian korang. kalau korang berminat aku ade letak alamat dan no telefon sekali..siap koordinasi GPS. okeY!

 Agrohighlands and ChaletJalan Pecah Batu, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

GPS Coordinates : N4.490420, E101.388187



Akhir cerita, aku letak skali koleksi gambar peribadi aku tu je mampu untuk tatapan korang.  nanti2 aku rajin, aku buat throback lagi (macam la aku ade pembaca plak), dah kate blog nie diari suke hati aku, so aku nak tulis ape je aku suka, xsuka dan paling x suka.


 


*garu2 kepala* mana lah agaknya aku simpan gambar2 aku masa dekat cameron highland nie. agaknya kondisi umur aku melemahkan daya ingatan.  sumpah, aku nak pegi lagi. satu hari nanti - in shaa allah
<3 salam sayang dari aku
-tata-


No comments:

Post a Comment